Akaun bekalanduiaakhirat.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


  REBUT PAHALA SEDEKAH  10 HARI TERAWAL DI

BULAN ZULHIJJAH 

RAIH KEBERKATAN ZULHIJJAH

Rasulullah   bersabda ketika di 'Arafah:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kewajiban setiap penghuni rumah pada setiap tahun untuk menyembelih kurban dan 'atirah, tahukah kalian apakah 'atirah? Yaitu yang orang-orang menyebutnya rajabiyyah (menyembelih hewan pada sepuluh hari pertama)."
(HR Abu Daud)


Ya Rabb, berikan kami kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban bagi keluarga kami setiap tahun

Ya Rabb, tinggikan kedudukan kami di akhirat kelak asbab niat & amalan korban yang tulus ini. Aamiin Ya Rabbilalamin.






 

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad


1.  Ganjaran besar di sisi Allah  dan bulan paling disukai Allah  dengan kerjakan amalan kebaikan

2.   Tidak mampu menyamai pahala berjihad  melainkan mati syahid

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ 

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


 Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari jihad? 

Menurut al-Imam Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.”

(Sumber: Dr. Ahmad Sanusi)

3.  Allah Taala bersumpah dengan bulan ini   secara umum dan sebahagian daripadanya secara khusus,

"Demi waktu Fajar dan 10 malam serta hari dalam bulan Zulhijjah."- Surah Al-Fajr: ayat 1-2

4.  Hari mensyukuri nikmat Allah dan hari mengingatiNya

5. Hari yang dimaklumkan Allah sebagai  tempoh pengurniaan rezeki berupa binatang ternakan

 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

"Bagi setiap umat   Kami syariatkan ibadah (sembelihan binatang korban) supaya mereka menyebut nama Allah  sebagai tanda bersyukur akan kurniaan rezeki binatang ternak kepada mereka."

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Allah SWT menjanjikan 5 KELEBIHAN kepada golongan yang gemar bersedekah:

1. Pemisah diri dari neraka

2. Memadamkan kepanasan di Alam Barzakh

3. Pembuka pintu rezeki

4. Ganjaran pahala yang berganda-ganda

5. Bernaung di bawah rahmat Allah SWT


Ayuh jangan pernah lelah bersedekah walaupun sedikit tapi yakinlah dengan janji-janji Allah swt.


MOHON BANTUAN KASIH SAYANG 

MAAHAD TAHFIZUL QURAN MATAM  CUKUPKAN

DANA PENGURUSAN DAN KEBAJIKAN